Rabu, 29 Ogos 2007

MALAYSIA JUARA PESTA BOLA MERDEKA


Tahniah! Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun negara kerana telah memenangi pertandingan Pesta Bola Merdeka 2007 edisi ke 36. Kejayaan itu dicapai setelah menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Shah Alam. Kemenangan 3:1 itu adalah satu hadiah yang paling bererti dan bermakna kepada negara sempena ulangtahun kemerdekaan ke 50 yang akan disambut pada 31 Ogos 2007 ini. Jaringan kemenangan telah dibuat oleh wira kita Zaquan Adha Razak pada minit ke 12 dan Safee Sali pada minit ke 60 menewaskan penjaga gol, Aung Aung Oo. Kehebatan skuad bimbingan B. Sathinathan ini turut menerima gol sendiri oleh pasukan Myanmar pada minit ke56. Gol saguhati pasukan Myanmar telah dijaringkan pada minit ke 73 oleh Tun Tun Win .

Kemenangan ini telah diraikan dan disaksikan oleh lebih 45 000 penyokong Malaysia yang amat mengharapkan satu kebangkitan pasukan bola sepak kebangsaan. Hadiah kemenangan ini telah disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM. Semoga ini menjadi titik kebangkitan bola sepak di Malaysia.



Selasa, 28 Ogos 2007


HotelClub - Discount Hotel Reservation

CD MP3 perlu dimiliki sempena Ramadhan



Sempena Ramadhan Al Mubarak ini saya menyarankan dan menggalakaan pengunjung web ini supaya lebih membanyakkan membaca alQuran dan menghayati alQuran. Jika tiada kelapangan masa pun banyakkan mendengar bacaan alQuran. Untuk itu saya tampilkan CD Mp3 yang dirasakan paling canggih boleh diperolehi oleh tuan puan ialah CD MP3 disebelah ini. Harganya hanya RM 30.00 sahaja. Ini kerana Allah. Tiada keuntunggan sebaliknya. Sempena bulan Ramadhan. Sekiranya anda berminat bolehlah melayari website http://www.sureRich.net/zailanisomingan untuk keterangan lanjut. Ingat ia mudah sahaja. Saya dah membelinya. Hantar duit RM 30. Tiga hari dapat. Alhamdulillah... Orang islam yang berniaga jujur patut kita sokong. Betul tak. Mereka membayar zakat..

Jumaat, 17 Ogos 2007

PERSONA memang memPESONAkan

Ia keluaran PROTON paling hebat, mantap dan hasil idea serta maklum balas daripada pelanggan. Saya dah cuba pandu uji. Ia mempunyai enjin yang senyap. Paling senyap berbanding semua keluaran PROTON dan PERODUA. Pandangan dari depan macam GEN2 tetapi didalamnya amat luas tak macam GEN2. Memang wajar untuk dipanduuji dulu. Dan saya mencadangkan ia adalah satu satunya keluaran Malaysia yang paling mantap dan boleh dibeli. Tetapi ada sedikit yang tak berkenan, maaf le.... tempat duduk belakangnya luas tetapi penyandarnya amat tegak. Macam tak selesa untuk jalan jauh. Apapun cubalah sendiri. Okey... I LOVE MALAYSIA

Web pendidikan dan motivasi yang penting untuk pelajar UPSR, SPM, PMR, STPM oleh guru-guru kementerian pelajaran Malaysia yang tiada unsur seks, lucah dan porno