Jumaat, 7 September 2007

PERANAN PERSATUAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU MEMUPUK INTEGRITI DI SEKOLAH RENDAH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat berperanan dalam menghubungkan masyarakat dengan sekolah. PIBG berperanan membantu, menyokong, membimbing dalam memberi idea, material dan tenaga untuk membangunkan sekolah. Badan NGO ini amat besar peranannya tetapi ia mestilah tahu dimana tugas dan batasannya. PIBG tidak boleh mencampuri hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pentadbiran. Inilah yang banyak terjadi yang menjadi perosak dan pengacau sekolah.
PIBG berperanan dalam membantu memupuk integriti disekolah dengan mengadakan program bersama sekolah sambil melibatkan komuniti setempat. Antaranya ialah :
1. Gotong royong membersihkan dan menceriakan sekolah. Semua insan mempunyai nostalgia disekolah. Hanya manusia yang "berhati batu" dan "materialistik keduniaan" sahaja yang tidak akan melapangkan masa untuk aktiviti seperti ini. Tambahan ia adalah sekolah tempat anaknya belajar.
2. Sukaneka bersama komuniti setempat. Kebanyakan kini sukan-sukan diadakan oleh pihak itu sendiri tanpa kerjasama bersama. Hasilnya kehadiran tidak ramai. Duit keluar banyak juga. Matlamat tak tercapai. Lebih baik sukan itu dianjurkan bersama-sama antara pihak sekolah, PIBG, KRT, JKKK, WI, Belia 4B dan NGO tempatan lain. Ruang lingkupnya mestilah luas, serta kehadirannya pasti ramai.
Yang menjadi persoalan dan kesilapan disini ialah ketidak ikhlasan para pimpinan itu menjalinkan kerjasama. Mereka mahukan penonjolah personaliti untuk dikenali dan rapat dengan pak Menteri. Dengan tujuan survivor politik dan perut sendiri. Tiada keikhlasan inilah yang menjadikan program meninggalkan masalah. Akhirnya pihak sekolah kembali menyendiri, kerana cikgu-cikgu tiada agenda politik dan hanya dipijak-pijak sahaja. Sehubungan dengan itu integriti boleh dipupuk dan mesti dipupuk dengan keikhlasan. Jika tidak kasihan generasi akan datang... Cuba fikirkan?

Tiada ulasan: