Khamis, 6 September 2007

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH BERTUKAR

Satu perubahan yang menarik jika diteruskan cadangan ini. Ia menunjukkan ada perubahan ilmiah dan lahiriah seorang pelajar sekolah di Malaysia. Wajar diingat? Jika cadangan ini diterima, ia mestilah dilakukan tidak secara drastik. Bukan mesti bermula tahun hadapan. Seharusnya Kementerian Pelajaran Malaysia mesti menyatakan dengan jelas bila ia mesti diseragamkan. Tahun 2009 atau 2010. Perlaksanaan dianjurkan berperingkat. Ini kerana melibatkan kewangan yang tinggi oleh para i bu bapa dan penjaga. Lebih memeritkan jika seorang penjaga itu mempunyai anak lebih daripada 5 yang bersekolah. Kesian mereka. Perlu ada tolak ansur pada Peringkat Penggubal dasar. " Ukur baju dibadan sendiri..."

Sekiranya perlaksanaan yang tergesa-gesa pasti banyak yang mengambik kesempatan. Takkan kita dah lupa. Pendidikan kini amat dimanipulasikan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia wajar memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi. Jika perlu dan lebih baik buat sekolah "Pilot project" dulu.


Tiada ulasan: