
Tahniah! Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun negara kerana telah memenangi pertandingan Pesta Bola Merdeka 2007 edisi ke 36. Kejayaan itu dicapai setelah menewaskan Myanmar pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Shah Alam. Kemenangan 3:1 itu adalah satu hadiah yang paling bererti dan bermakna kepada negara sempena ulangtahun kemerdekaan ke 50 yang akan disambut pada 31 Ogos 2007 ini. Jaringan kemenangan telah dibuat oleh wira kita Zaquan Adha Razak pada minit ke 12 dan Safee Sali pada minit ke 60 menewaskan penjaga gol, Aung Aung Oo. Kehebatan skuad bimbingan B. Sathinathan ini turut menerima gol sendiri oleh pasukan Myanmar pada minit ke56. Gol saguhati pasukan Myanmar telah dijaringkan pada minit ke 73 oleh Tun Tun Win .
Kemenangan ini telah diraikan dan disaksikan oleh lebih 45 000 penyokong Malaysia yang amat mengharapkan satu kebangkitan pasukan bola sepak kebangsaan. Hadiah kemenangan ini telah disampaikan oleh Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM. Semoga ini menjadi titik kebangkitan bola sepak di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan