Jumaat, 22 Februari 2008

SEGAK di Sekolah 2008

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

2. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

DiFinasi Kecergasan Fizikal
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980

Matlamat
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
Objektif Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur
1. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
2. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur
3. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
4. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
5. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila download link dibawah:

PETA MINDA

Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan. Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola.

Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting. Di samping membantu proses ingatan, peta minda juga dapat membantu mempertingkatkan kreativiti seseorang. Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca

Klik e-book free tentang peta minda

Rabu, 13 Februari 2008

PILIHANRAYA UMUM KE 12 PADA 8 MAC 2008

Telah tiba yang dinanti-nantikan. Tarikh pilihan raya umum ke12. Tetapi tarikh itu tak tepat. Dan banyak masalah yang akan timbul. Yang akan menyebabkan ramai tidak boleh membuang undi. Kenapa?

1.Kenapa hari Sabtu. Bukan hari minggu, apa yang akan terjadi jika pengundi di JB untuk membuang undi di Kelantan. Dah le pulak jumaat kerja sampai pukul 5.30 petang. Macam tak bagi mengundi aje?

2.Kenapa Sabtu minggu kedua? Hari itu kan hari sabtu kerja? Lagi sebab tak nak bagi semua orang mengundi kot...

3.Kenapa hari 1 cuti persekolahan? Takut bila cuti.... cikgu-cikgu boleh kempen kot? Kan cikgu2 pandai bercakap, dah le bonus tak dapat silap-silap habis dikempennya. Boleh menjadi BARAH tau...

4.Kenapa ye?

SK PARIT BAHARU JUARA KRIKET MSSD SABAK BERNAM



Tahniah kepada SK Parit Baharu kerana menjadi Johan Kriket bawah 12 tahun MSSD Sabak Bernam 2008. SK Parit Baharu yang dibimbing oleh Cikgu Saari Mohd Saad, Cikgu Zailani Somingan serta Cikgu Zool Fadzli telah menewaskan semua sekolah yang bertanding. Ini satu kejayaan yang amat gemilang kerana berjaya mengekalkan kejuaraan untuk kali ke 6 berturut-turut. Tahniah kepada semua yang terlibat.