Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan. Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola.
Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting. Di samping membantu proses ingatan, peta minda juga dapat membantu mempertingkatkan kreativiti seseorang. Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca
Klik e-book free tentang peta minda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan