Selasa, 31 Julai 2007

KISAH PATRIOTIK SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 50

Pada hujung minggu lepas, saya telah menyaksikan disebuat Dataran di satu daerah di negeri Selangor telah diadakan pertandingan Futsal. Ada berbagai katogeri dipertandingkan. Ada kanak-kanak bawah 12 thn, ada remaja bawah 18 tahun dan ada dewasa bawah 35 tahun. Ramai penonton yang hadir menyaksikan tak kita tua, muda dan kanak-kanak. Sewaktu majlis perasmian telah diadakan sedikit majlis. Ia dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU.. Semua yang ada berdiri. Yang kanak-kanak, yang muda remaja, yang dewasa dan yang tua pun berdiri. Ada berdiri disebelah saya 2 orang lelaki tua. Sewaktu berkumandangnya lagu NEGARAKU semua turut menyanyikan. Pakcik disebelah saya ni paling semangat sekali. Ini lah anak Malaysia. Malaysia boleh...
Yang tak sedapnya... ada 3 orang gadis tak jauh dari kawasan kami tu. Bukan nak ikut menyanyi. Tapi adake patut dia menyanyikan lagu penyanyi popular wanita yang tengah hit dicorong radio pada ketika ini.. Bukan nak ikut menyanyi lagu NEGARAKU. Malu saya... malu... malu kepada semua orang. Ini kah cara anak remaja sekarang untuk menghargai, menghormati dan mencintai negara? Tak kan lirik lagu Negaraku tak tau kot... Tak ingat. Dalam pada Malaysia yang akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke50 macam itu jadinya?. KENAPA? Salah siapa...


href="http://TidakPerluKerja.com/?kod=zailanisomingan">src="http://www.TidakPerluKerja.com/b/ban1.gif" border="1"
/>

1 ulasan:

kapurtulis berkata...

merdeka kah kita kalau macam itu... 50 tahun ke?