Ahad, 29 Julai 2007

KENAPA GURU DIPERSALAHKAN

Kesian para guru-guru.. Sejak beberapa bulan ini mereka banyak dijadikan isu sensasi dan negatif. Ada kes pukul, ada kes rendam dikolam dan ada juga kes kena pukul dengan murid. Sebenarnya pada pendapat saya kes ini banyak terjadi kerana persekitaran semasa.
Apa persekitaran itu?..
Eyalah... kita sebenarnya kini kekurangan guru lelaki. Bukan kekurangan lagi malahan ada disesetengah sekolah yang hanya ada seorang guru lelaki sahaja. Selebihnya guru perempuan. Adakah guru perempuan setegas guru lelaki? cuba fikirkan.



Faktor yang kedua ialah jiwa murid yang terlalu terpengaruh dengan gejala negatif unsur media TV, Video dan rakan sebaya. Ia ditambah pula oleh sikap ibu bapa yang sentiasa memanjakan anaknya. Wahai ibu bapa anda sebenarnya kena ingat... Hari ini9 anda amat memanjakan anak anda sehingga dia sentiasa betul dimata anda, tetapi ingat kelak ketika anda tua anda pasti akan dihina dan disisihkan oleh anak manja anda itu... Lupakah cerita P. Ramlee ( anakku sazali )

Wahai guru-guru.... ingat lah anda " Jika anda mengajar dengan ikhlas, sempurna dan berkesan pasti anda akan dikenang suatu masa nanti".. Oleh itu cikgu buat lah yang terbaik.

Tiada ulasan: